Kehidupan 

Charity | Gerobok Rezeki di Petrajaya

Lunch break tadi, saya sempat mengajar #abang (Armand Hadeef) tentang bersedekah. Teringat dengan kemudahan Gerobok Rezeki yang diperkenalkan oleh #team kami, #KindnessSarawak.

Apa itu “GEROBOK REZEKI”

Gerobok Rezeki ialah “ruang” tempat dimana mereka yang memerlukan makanan tanpa sebarang bayaran, dan kepada yang nak bersedekah, boleh meletakkan barang makan di sini.
Kebetulan tadi semasa singgah di sana, hanya tinggal stok beras. Jadi, saya bawa #abang untuk membeli sedikit bahan makanan untuk disumbangkan di sana. Disamping dapat mengajar dia untuk bersedekah.

Lokasi gerobok rezeki di Masjid Taman Hussien, Petrajaya Kuching.


Lokasi Gerobok Rezeki ini ialah di Masjid Taman Hussein, Petrajaya (bertentangan dengan SHELL di Petrajaya). Kalau tengok daripada buku rekod, banyak yang dah mendapat manfaat daripada kemudahan ini.

Hubungi Kami Jika Ingin Menyumbang

Kalau nak berniat menderma, boleh datang terus ke sini atau boleh contact team saya, untuk sumbangan. Sekadar pengenalan, Kindness Sarawak mula begerak aktif pada tahun ini.

Tonggak utamanya: Cik Nabila Malek dan partner (Bob) dan En. Abdul Khalid Yusof 😊

Jangan lupa singgah di FB Page kami-> Kindness Sarawak

 
Aliffa Rafini binti Abdullah,
Member Kindness Sarawak
#KindnessMalaysia
#KindnessSarawak
#GerobokRezeki

Related posts

Leave a Comment