Langkawi Malaysia Travel Uncategorized 

Day 1: Pasar Malam Kuah, Langkawi

Jikalau anda ke Langkawi, saya cadangkan anda perlu berada di sana antara hari Rabu dan Sabtu. Hal ini kerana, di Pekan Kuah ada Pasar Malam terpanjang yang korang boleh borong makanan, pakaian dan apa jua jenis barang yang MURAH! MURAH! Bukan setakat bersih, tapi masyarakat dan penjualnya sangat friendly. Sepanjang jalan kami dapati ramai pelancong asing juga ambil kesempatan berkunjung ke pasar malam dan mencuba pelbagai variasi makanan murah disana. Meriah baq hang!

Lokasi Pasar Malam ni memang dekat town area. Kalau tak silap, ada Hotel Baron just nearby dengan pasar malam ni. Kalau stay di sini memang jalan kaki jer. Kalau pergi sini memang rambang mata dibuatnya. Jadi saya bajet RM50 sahaja untuk perbelanjaan di sini. Nafsu nak membeli tu banyak. Nanti membazir kalau tak habis =)

Pintu depan Pasar Malam Kuah.. Ada juga kedai-kedai menjual pakaian di sekitar
Mango Juice: Ada yang pure ada yang berais. Seriously sedap!
Pelbagai jenis makanan dan buah-buahan dijual..Geram betul saya dengan sotong tu. Kalau masak Sotong Goreng Tepung tu nyum2!
Food!!
Pulut Mangga RM5/pax
Kerabu Mangga RM5/pax
Suasana di sekitar Pasar Malam Kuah

#info
Pasar Malam Kuah
Hari: Sabtu dan Rabu
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Depan Hotel Baron, Kuah

Ada juga kedai menjual pakaian, mainan di sini. Tak sempat saya nak ambil gambar. Jadi, pastikan anda tak ketinggalan untuk pergi ke Pasar Malam Kuah. Jangan datang lewat sangat. Nanti banyak makanan yang habis.

 

#kosbelanja

Air Mangga Pure (size besar) : RM10*2
Pulut Mangga : RM5
Kuey Tiaw Goreng: RM6
Buah Nangka: RM6
Tau Fu Fa: RM2*2
Air Kelapa: RM2
Selipar untuk ke Pulau: RM10
Otak-otak: RM12

Total: RM59

 

 

Myzarafini Abdullah

19 Februari 2017

725 am @ Home Sweet Home

Related posts

Leave a Comment