Day 1: Kota Mahsuri @ Makam Mahsuri

Sebaik “touch down” sahaja di Langkawi International Airport dalam jam 230pm, 1st thing to do is cari kereta sewa. Saya memang dah buat persiapan awal menempah daripada Suhaimi Rental Service Langkawi dan memilih kereta Mitsubushi Attrage. Kadar sewaan RM100/hari sebab “peak season”. Plan asal nak terus pekena Laksa Ikan Sekoq yang glemer di belakang airport ni. Tapi perut masih full sebab asyik makan jer dalam biz class ;), so kami terus ke destinasi pertama -> Kota Mahsuri.

#sharing

Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Mahsuri yang dihukum bunuh kerana dikata berangkara dengan seorang seniman jalanan dari Batu Bahara sebelum menghembus nafasnya yang akhir telah menyumpah: PULAU LANGKAWI TIDAK AMAN SEHINGGA TUJUH KETURUNAN, MENJADI PADANG JARAK PADANG TERKUKUR. Kerananya Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus selama beberapa dekad.

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

#infohargatiket

PELAWAT DALAM NEGARA ( PEMEGANG MY KAD)

DEWASA RM 12.00; KANAK-KANAK RM6.00

PELAWAT LUAR NEGARA

DEWASA RM 17.00; KANAK-KANAK RM 7.00

Pada pendapat saya, kalau nak ke Langkawi, tak lengkap rasanya kalau tidak ke Kota Mahsuri ni. Selain boleh tahu sejarah, kita boleh sedekahkan Al-Fatihah juga kepada Arwah Mahsuri. Cuma semasa kami melawat, saya terlepas untuk melihat teater lagenda Mahsuri. Masa tayangan 11pagi-1230 tengah-hari dan 3-5 petang. Selepas 2jam lebih kami di sini, kami pun bertolak ke Homestay yang saya pilih untuk penginapan kami selama 3 malam ni iaitu Homestay Mak Ida, Ulu Melaka, Langkawi. Lokasi hanya 10minit jaraknya daripada Kota Mahsuri.

Pintu Depan Kota Mahsuri
Rumah Mahsuri
Di dalam Rumah Mahsuri, ada 3 orang makcik berzanji dan sesiapa nak letak anak/bayi di dalam buaian, mereka akan berselawat dan berzanji.
Ada telaga di depan Rumah Mahsuri. Semasa kunjungan kami di sana, ramai juga yang pergi mandikan anak mereka di sana. Agak sensored sebab tu gambar tak dirakam hehe
#kosbelanja

Kereta Sewa: RM300

Minyak petrol: RM40

Bayaran masuk Kota Mahsuri: Dewasa: RM12*2 = RM24, Kanak-kanak: RM6*2 = RM12 = RM36

Air: RM8

Total: RM384

Myzarafini Abdullah

7 Februari 2017

1025 am @ Menara Pelita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *