Tips Percutian ke Langkawi

Assalamualaikum. Saya masih dalam mood bercuti dan masih belum lagi move-on daripada percutian minggu lepas. Seperti KPI kami setiap tahun nak pergi bercuti 1 kali dalam Negara dan 1 luar Negara (ngade jer ada KPI mcmni haha), untuk tahun 2017 ni, lokasi dalam Negara yang kami pilih ialah Pulau Langkawi, Malaysia.

Posting saya sebelum ni, saya ada berkongsi untuk cara mendapatkan harga tiket yang murah. Semoga ianya bermanfaat kepada anda. Jadi sekarang saya nak berkongsi tentang tips-tips yang anda perlu tahu sebelum ke Langkawi.

Tempah Tiket Awal

Ada beberapa kaedah yang anda boleh guna untuk mencari tiket penerbangan. Saya biasanya menggunakan aplikasi “Skyscanner.com.my” untuk mencari tiket murah.

Selain itu, anda boleh subscribe notification alert Air Asia serta syarikat penerbangan lain atau buat pembelian tiket melalui BIG POINT. Tips: Beli di FB Page: Jualan Harga Gila 2 Asia milik Tuan Dzul. Trusted seller.

Penginapan

Ini agak subjektif. Kebanyakan orang yang nak pergi ke Langkawi untuk bermain di pantai/ pulau. Kalau di pantai, saya cadangkan untuk mencari hotel-hotel di kawasan Pantai Chenang. Banyak pilihan untuk anda pilih.

Kalau nak senang shopping, Langkawi ni kan lubuk Coklat dan Peralatan Dapur. Saya cadangkan untuk mencari penginapan di kawasan Kuah. Kalau tinggal di sini, memang boleh shopping berkali-kali. Kereta penuh jer, simpan barang di hotel then continue shopping lagi. Ahakss!

Untuk hotel, saya biasa mencari harga murah melalui laman web seperti dibawah. Kena rajin compare.

  1. Agoda.com
  2. Booking.com
  3. Traveloka
  4. Groupon
  5. Expedia.com

Tetapi, kalau anda nak pergi kedua-duanya, saya rekomen untuk tinggal di Homestay di Ulu Melaka. Lokasi Homestay ni memang strategik. Ianya berada di tengah-tengah. Kalau nak ke Chenang, belok kanan. Kalau nak ke Kuah, belok kiri. Tempoh perjalanan sekitar 20 minit sahaja. Kalau nak pergi #foodhunting, memang strategik sangat. Nasi Dagang Pak Malau? Restoran Kak Yan Nasi Campur berada disekitar kawasan ini sahaja.

Pengalaman kami:

Percutian kami ke Langkawi (28-31 Januari 2017) yang lepas, kami menginap di Homestay Mak Ida, Ulu Melaka, Langkawi. Rate sewaan hanya RM220/malam. Kalau anda memiliki Akaun EMAS GAP, anda boleh mendapatkan dengan kadar lebih murah sekitar RM180-RM190 sahaja. Rumah ni ada 3 bilik yang boleh memuatkan 6-8 orang. Semua biliknya ber air-cond dan berkipas, ruang tamu juga ber air-cond dan berkipas, ada mesin basuh, pemanas air, peti sejuk dan basic facilities. Namun tiada peralatan memasak seperti rice cooker dan stove di sediakan. Kenapa? Kita pergi Langkawi mesti nak cuba makanan di sini. Tak bestlah kalau memasak di rumah =)

Kalau nak tempah homestay ni, boleh hubungi Cik Jun – 016-6545005

Kalau nak bayar melalui Akaun Emas GAP dan lebih jimat, boleh hubungi saya- 019-8262200

Kereta Sewa

Kereta sewa memang menjadi pilihan ramai jika ke Langkawi. Tak syok rasanya kalau nak pakai teksi. Di sini juga tiada kemudahan seperti LRT/ Komuter. Jadi pemilihan driving sendiri adalah yang terbaik. Anda tidak perlu mencari kereta sewa jika anda pergi semasa bukan “peak season”. Hal ini kerana, setibanya anda di airport, ada pelbagai syarikat kereta sewa akan approach anda untuk service kereta sewa. Harganya lebih kurang sama sahaja.

Namun, kalau anda pergi semasa “peak season”, anda harus menempah lebih awal dan kebiasaanya harga memang mahal sedikit daripada biasa.

Pengalaman kami:

Kami pergi semasa cuti perayaan CNY dan sememangnya musim “peak season”. Saya menyewa kereta daripada Suhaimi- Langkawi Car Rental Services 013-5399965/ 017-3124656. Kami memilih kereta Mitsubishi Attrage AT dengan kadar sewaan RM100/day. Kalau normal season boleh dapat RM70/day. Mula-mula ingatkan nak ambil kereta Perodua Viva (rate RM80/day). Tetapi apabila memikirkan bonet viva agak kecil (mana nak letak coklat-coklat hehe), maka kami putuskan untuk memilih Attrage. 

Kereta ni not bad. Jimat minyak. Percutian kami 4 hari 3 malam hanya menggunakan minyak RM40 sahaja (Harga minyak RON 95 Januari 2017: 1 liter RM2.10).

Map/ Install Waze 

Mengikut pemerhatian saya, memandu di Langkawi sangat mudah. Papan tanda banyak membantu. Dan sememangnya selamat (InshaAllah). Tetapi untuk menjimatkan masa, aplikasi Waze/ GPS haruslah ada. Rasanya semua dah pakai telefon pintar sekarang kan? Install sahaja aplikasi Waze dalam henfon anda. Pastikan ada kredit sahaja hehe.

Itinerary

Walaupun pergi Langkawi ni pusing 1 minggu boleh cover semua tempat, anda masih perlukan itinerary untuk perancangan yang teliti, penjimatan masa dan bajet. Rancanglah percutian anda sebaik yang mungkin supaya percutian ini akan menjadi seronok dan bermanfaat.

Pengalaman kami:

Di sini saya kongsikan simple plan untuk percutian kami. Tak semua kami dapat buat. Tetapi ianya banyak membantu supaya setiap hari yang kami lalui dimanfaatkan dengan aktiviti yang menarik. Ehem! #foodhunting semestinya agenda wajib.

Saya buat planning ni 1 hari sebelum fly ke Langkawi

Cuaca/ Musim

Cuaca memang memainkan peranan yang penting semasa pergi bercuti especially ke pulau. Takkan nak pergi pulau semasa musim hujan lebat. Tak pasal-pasal akan menjadi percutian yang tragis jika berlaku kemalangan.

Then, kalau hujan macamana nak naik Cabel Car? Tak lengkap rasanya kalau anda ke Langkawi tak merasai pengalaman naik Kabel Car dan pergi Island Hoping. Jadi, rancang baik-baik yea? Type jer kat “Google” – Forecast Langkawi

Rancang masa

Ini sangat penting supaya masa anda dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan anda tidak rugi. Semasa anda membuat itinerary, sila semak operation hour. Contohnya Island Hoping. Ianya akan bermula jam 9pagi dan 2ptg. Kalau anda tiba di pulau jam 10 pagi, anda terlepas boat.

Di Kabel Car pula. Kaunter tiket dibuka seawal jam 830 pagi dan mengikut blog/website yang dikongsikan, kawasan Kabel Car memang hot place to go. Anda kena berada awal di kaunter supaya anda tidak membuang masa untuk berbaris panjang. Seriously memang ramai baq hang! Dan kalau tiket dah habis pada hari tersebut, anda kena datang pada hari yang lain. Sedih tuuu. Kan dah buang masa?

Pengalaman kami:

1) Di Kabel Car Kami bertolak dari rumah jam 730 pagi dan sampai di depan kaunter jam 815 pagi. Dari kawasan parking ke kaunter tiket agak jauh juga berjalan. Masa berbaris 20min (15minit tunggu kaunter buka dan 5 minit untuk dapat giliran). Jam 830 pagi, queue untuk berbaris membeli tiket dah panjang giler! Anda kena tahu, anda kena berbaris 2 kali.

Pertama- semasa membeli tiket. Kalau anda dah beli secara online, anda masih lagi perlu berbaris ditempat yang sama untuk mendapatkan pas masuk seperti gelang tangan tu.

Kedua- semasa nak masuk kabel car. Hanya yang memiliki pas masuk sahaja boleh berbaris menunggu giliran naik kabel car. Takde maknanya husband berbaris beli tiket, wife pula berbaris untuk naik kabel car (konon nak dapat giliran awal).

2) Nasi Dagang Pak Malau- Ni tempat korang wajib #foodhunting. Sedap giler tau. Business hour dari jam 8pagi-2ptg. Kalau nak pergi sini, saya cadangkan untuk pergi seawal jam 8pagi supaya anda dapat merasai menu-menu pilihan. Kami sampai di sini agak lambat sekitar jam 11pagi dan ternyata hanya ada 1 lauk sahaja yang tinggal – Ikan Tongkol Gulai. Tetapi memang sedap. Menu lain dah habis huhu. Tempat ni memang famous. Lokasi depan Masjid. Tempat makan pula tengok view sawah padi. Tenang jer. Macam dalam drama =)

Ni menu dan harga semasa saya pergi pada 31 Jan 2017. Nombor telefon tu anda boleh call jika nak buat tempahan awal
Cantikkan?

Apa-apa pun, tips ni daripada pengalaman kami sendiri. Mungkin berbeza daripada pengalaman anda sebelum ini. Semoga ianya bermanfaat kepada anda yang ingin/hendak ke Langkawi.

Myzarafini Abdullah

2 Februari 2017

445 pm @ Menara Pelita

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *