Tips Melancong ke Krabi, Thailand – Day 1

Ok, posting ni nak share our 1st trip to Krabi, Thailand pada 21 January 2013 – percutian pertama selepas saya melahirkan anak sulung, Armand Hani Hadeef.

 

Keputusan hanya dibuat pada December 2012 (sebab husband susah giler nak cuti). So dapatla tiket sederhana mahal. So initial plan dengan bantuan Encik Google, adalah seperti berikut:

 

Iternary – Mr Husband suruh buat, dia tak nak sampai sana blur nak buat apa nanti overbudget atau tak ke mana-mana tanpa aktiviti.
Teruja jugak buat planning macam ni sebab before ni main belasah je nak gi mane. Lebih teratur – sistematik dan perancangan kewangan lebih teliti.

 

Our flight selama sejam setengah touch down dari KL – Krabi, tiba dlm pukul 7: 45am. masa Krabi (sejam lebih awal dari Malaysia). Sampai airport, hubby uruskan luggage dan direct to our hotel (Srisuksant Resort), kitorg try cari Tuk- Tuk. But macam takde. Hanya ada bus or taxi.

 

Bas memang murah tapi ada bawa baby dan luggage pun besar (1 beg jer tapi berat!), so kitorang decide guna taxi. Caj cuma 600 baht (RM60) dan jarak hotel hanya 30 minit dari airport.

 

Sepanjang perjalanan Armand tido je.. Boleh tarik nafas lega..

 

 

 

 

 

Srisuksant Resort

 

Srisuksant Resort

 

Tadaaaa.. Kami pilih hotel Srisuksant Resort sebab ianya cantik dan berdepan dengan laut Andaman (sangat-sangat cantik dan hanya seberang jalan dah sampai ke pantai).

 

Keluar dari beranda boleh terus terjun ke swimming pool. Nak dapat rate yang murah boleh layari Trivago atau pun layari website Srisuksant Resort. Kami dapat rate yang murah dari Groupon (tapi ni dulu tahun 2013, tak wujud lagi trivago).

 

Bilik Superior – selesa untuk kami bertiga

 

Day 1 Activity: Elephant Trekking!

Aktiviti pertama kami naik Elephant Trekking! Kos 700 baht (RM70) seorang. Budak bawah 4 tahun FREE. Pakej ni siap makanan ringan (buah-buahan). Trip akan bermula pada jam 2:30pm.. By  1:30pm akan ada wakil dari pakej utk pick-up dari hotel.

 

Now baru pukul 10am, so jalan- jalan cuci mata sambil  isi perut.

Jarak hotel dengan tempat jalan- jalan and makan dekat jer – 10 minutes walk. Banyak makanan HALAL. So our 1st destination is, Local Restaurant Krabi. Brunch.

 

 

 

 

 

Total makanan 2100 baht (RM210!) sebab amek lobster. dan ianya tak berbaloi sebab lobster tu kurus! cheyyyy RUGI!

 

Brunch at Local Restaurant + Armand play at Kids Room Srisuksant Hotel

Sementara nak tunggu pukul 130pm, sempat shopping topi + baju lil Armand sehelai.. Cost: 350 baht. Then cari pakej untuk pergi Island untuk esok dan lusa. Kita dapat best price. Tawar serendah- serendahnya.

 

Di sepanjang Ao Nang Beach ni memang banyak giler kiosk untuk jual pakej ni. So kene pandai pandai pilih jer. So untuk Phi Phi Island, harga seorang adalah 1,800 baht.

 

Kitorang tawar 1,000 baht per person. Pastu yang hopping 4 Island, dapat tawar jadi 500 baht jer instead of 1,000 baht. By 1:00pm baru kitorg dapat masuk bilik and rest and tukar pakaian.

 

 

Elephant Trekking

 

Jarak dari hotel ke tempat Elephant Trekking ni dalam 45 minutes. Mula- mula kita dihidangkan dengan buah nanas. Sedap giler! Manisssss!

 

Armand kagum and teruja tengok gajah secara live! Aktiviti dimulakan dengan baby elephant show yang berumur 4 tahun.. Show lebih kurang 30 minutes.

 

Then boleh bagi gajah makan pisang dan bergambar bersama- sama gajah.

 

 

 

Kemudian masa yang dinantikan.. Elephant Riding! Gayat siot! gajah tu gemuk giler and tinggi! kaku 10 minit atas gajah sebab takott. Armand nangis. Bukan sebab gayat tapi panas + berpeluh- peluh. So berpayung la kami atas gajah hihi. Trek gajah ni sangat mencabar dan curam!

Kitorang naik gajah betina. Anak dia follow sekali. Anak dia ni plak nak follow ayah dia. Kalau mak pergi tepi sikit nak cari makan, anak marah sebab ayah dia jauh. so cara nak protes tu, dia tarik mak dia. kitorang kat atas jerit laaa.. Hahaha..

 

 

 

 

Journey lebih kurang 1 jam. bagi yang tak bawa budak, ada suprose occassion anda akan dimandikan gajah di tepi kolam. basah kuyup la penumpang haha.. luckily we have armand (dikecualikan)=p

Nice experience and we enjoy it! then balik hotel =) Petang tu kitorang jalan- jalan sepanjang Ao Nang Beach dan jalan- jalan cari makan.

 

Selepas menaiki Elephant Trekking kitorang kembali ke resort dan ambil kesempatan melihat keindahan matahari terbenam di depan hotel. Jalan-jalan di sepanjang pantai..

Pastu saya sempat beli dress tepi pantai untuk dipakai keesokan harinya. Untuk cover body sebab esok kene pakai swimming suit! huhuh.. So sempat shopping dress 350 baht + baju Armand lagi! 150 baht.. Balik hotel kita naik “Tuk- Tuk” – 40 baht.

Aonang Beach

 

 

Untuk dinner malam pertama kami cuba di Chaba Restaurant. Cost makan 805 baht.

 

So end of day 1. Can’t wait for tomorrow trip =)

Kos perbelanjaan hari ini:

  • Taxi: 600 baht
  • Hotel: 6600 baht
  • Brunch: 2100 baht
  • Elephant Trekking: 1400 baht
  • “Tuk Tuk”: 80 baht
  • Shopping: 850 baht
  • Pakej Phi Phi Island: 2000 baht
  • Pakej 4 Island: 1000 baht
  • Dinner: 8050 baht
  • Total = 22680 baht = RM 2,268

Update: 26 December 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *