Travel 

5 sebab kenapa Krabi adalah destinasi yang TERBAIK!

KRABI, adalah sebuah destinasi yang PERFECT bagi warga Malaysia yang ingin bercuti bersama yang tersayang.

Disebabkan faktor ini lah saya nak share pengalaman percutian saya ke sini bagi membantu anda merancang percutian anda di Krabi!

Di sini ada 5 sebab kenapa Krabi adalah destinasi yang TERBAIK!’

a) Krabi adalah “Muslim-Friendly”

DSC03936

Kebanyakkan penduduk asal tempatan di daerah Krabi ini adalah beragama Islam. Jadi tak payah risau sebarang sindiran perkauman yang biasa isteri/mak kita yang bertudung dapat dari warga tempatan di negara-negara barat. Dekat Krabi dan kawasan sekitar, ada je orang yang akan tegur, bagi salam dan sebagainya. Apatah lagi, warga Thailand memang terkenal dengan sopan-santunnya.

Tambahan pula, ada beberapa Masjid di sekitar Krabi termasuk 2 masjid di Ao Nang sendiri iaitu Masjid Ao Nang dan Masjid Klong Haeng. Jadi sangat lah sesuai bagi yang ingin solat Jumaat atau mendapat pengalaman berjemaah di Negara asing.

b) Makanan Halal yang Sedap!

DSC03620

Antara sebab ramai orang islam suka melawat Krabi ialah banyaknya Makanan halal. Dari hotel ke restoran ke gerai, ada saja makanan halal di setiap ceruk jadi tak payah pengunjung menjadi “vegetarian” if you know what i mean. He he he..

Biasanya kalau kat negara luar, makanan halal ni makanan arab seperti kebab. Tapi di Krabi, anda boleh makan makanan thai yang asli dan fresh yang dijamin halal. Bayangkan gerai tomyam yang kita selalu Nampak di Malaysia, lagi banyak bilangannya dan macam-macam menu nya di Krabi.

c) Dekat dengan Malaysia!!!

DSC03883

Lokasi krabi ni sangat lah sesuai, tak jauh sangat dari Malaysia. Al-maklum la terletak di negara jiran (Thailand). Sebab dekat la cuaca pun lebih kurang macam Malaysia tak perlu bawa beg berat berisi baju sejuk bagai untuk datang ke krabi ni.

Kalau dari negeri utara memang dah dekat la nak sampai krabi ni… memang sesuai untuk la nak bawa family, parents or mertua skali… tak perlu naik kapal terbang berjam-jam untuk pergi holiday.

 

d) Akses ke Krabi.

DSC03636

Since krabi ni dekat dengan Malaysia, banyak cara untuk datang bercuti di krabi. Boleh book tiket untuk naik flight (tak lama pun dalam 1 Jam 25 minit dari KL) atau naik kereta api (untuk menikmati pemandangan menarik sepanjang jalan) atau drive sendiri (kalau kereta besar boleh bawa lebih ramai penumpang) atau konvoi motor bersama rakan-rakan rider…

Untuk yang nak naik flight (alang-alang nak cuti kan) ada banyak syarikat penerbangan yang terbang direct ke krabi airport. Antaranya AirAsia dan Malaysia Airlines…

e) Sesuai untuk seisi keluarga.

DSC03885

KRABI adalah destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga sebab ada banyak activity yang boleh di buat di sana. Best nyer krabi dia tak macam Phuket yang terlalu crowded dengan pusat hiburan. Di pekan Ao Nang, Krabi banyak menyediakan tempat untuk bershopping, spa dan massage, mandi laut, main pasir, island hopping dan sebagainya. Hotel di Krabi pun lebih value for money dan kalau yang bawak anak duduk di hotel dan mandi swimming pool pun dah cukup best!

Paling penting banyak tempat cantik di Krabi yang pasti akan memenuhkan timeline Facebook dan Instagram anda!

Pendek kata krabi memang BEST untuk semua peringkat umur…

f) Berbaloi!!!

DSC03648

Alang alang nak bercuti biarlah perbelanjaan kita setimpal dengan apa kita dapat kan? Dekat Krabi dari hotel ke makanan ke aktiviti tournya semua boleh dikatakan berbaloi. Disediakan pilihan untuk pengunjung mengikut citarasa masing-masing. Antara yang paling puas hati ialah pilihan hotel di sekitar Krabi. Disebabkan persaingan antara hotel dan tidak se “crowded” Phuket, anda masih boleh duduk di hotel bertaraf 3 dan 4 bintang dengan harga yang berpatutan. Caranya, lawatlah page kami di sini untuk melihat hotel-hotel yang telah kami kenal pasti!

 

Related posts

Leave a Comment