Hongkong Travel 

Persediaan ke Hongkong (19-24 November 2016)

Assalamualaikum!

Kami sekeluarga baru sahaja balik dari the most expensive city in the world (i guess) iaitu Hongkong! Trip kali ni kami buat sempena birthday vacation untuk Baby Aaron yang genap setahun. Seperti abang-abangnya, setiap kali 1st birthday, kami akan plan untuk bawa birthday boy untuk pergi vacation disamping dapat spend time together. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan memuaskan.

Sebelum anda nak ke Hongkong, ada beberapa info anda perlu tahu:

MUSIM

Apa yang akan berlaku pada musim-musim di Hong Kong

Spring Musim Bunga (Mac ke Mei)
Suhu dan kelembapan meningkat. Waktu malam mungkin sejuk.
Suhu purata: 17⁰C – 26⁰C
Summer Musim Panas (Jun ke Ogos)
Panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas.
Suhu Purata: 26⁰C – 31⁰C
Autumn Musim Luruh (September ke November)
Terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang selesa. Ramai yang menganggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong.
Suhu purata: 19⁰C – 28⁰C
Winter Musim Sejuk (Disember ke Februari)
Sejuk, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10⁰C di kawasan bandar.
Suhu Purata: 12⁰C – 20⁰C

Kami pilih Musim Luruh sebab?

  • Birthday boy lahir bulan Nov hehe
  • Masa sesuai nak visit HongKong..Tak sejuk, tak panas
  • Offer MAS ni untuk tarikh ni haha!

Sumber: http://www.discoverhongkong.com/my/plan-your-trip/traveller-info/about-hong-kong/climate.jsp

VISA

Pergi Hongkong ni tak perlu ada visa. But Hongkong ni berada di antara Macau dan Shenzen. Jika anda ada plan nak ke Macau atau Shenzen, sila apply visa di Malaysia. Kalau anda buat di Hongkong memang sangat mahal.

NEGARA HONGKONG

Negara Hongkong ni ada 4 Main Island

  • Kowloon – Ladies Market, Night Market, Masjid Kowloon, Halal Food, Avenue of Star
  • Hongkong Island – Ocean Park, The Peak, Sky Terrace, Madame Tussauds
  • Lantau Island- Disneyland, Airport, Citygate Outlets
  • New Territories- No comments. Takde pergi area ni

MATAWANG

Hongkong pakai matawang HKD. Semasa kami pergi 19-24 Nov, kadar tukaran wang HKD 100 = RM55-RM57. Saya tukar di Malaysia jer. Selebihnya pakai debit card sahaja. After balik Malaysia, check Maybank2u, rate lebih kurang jer dengan tukaran wang.

Actually kalau anda nak withdraw duit di ATM Machine di sana, boleh tau. Caranya anda perlu aktifkan pengeluaran dahulu. Contohnya Maybank. Anda boleh setkan pengeluaran melalui ATM Machine. Ikut step ni:

Masukkan kad->Masukkan pin->Pilih lain-lain perkhidmatan->Maybank PLUS->Aktifkan sementara->Setkan tarikh and pergi dan balik->Selesai.

Kenapa plih sementara? Manalah tahu kad kita tercicir, jadi orang yang menjumpai kad kita tu tak dapat curi-curi keluarkan wang kita.

Kemudian semasa di sana, cari ATM Machine yang ada simbol “PLUS”. Anda boleh withdraw di sana. Semestinya ada kadar bayaran dikenakan. Cuma di Hongkong ni saya takde keluarkan wang melalui ATM Machine. Jadi saya tak tahu berapa Maybank kenakan bayaran. Biasanya RM12 setiap kali pengeluaran (based on previous experience di Bangkok dan Cape Town).

LANGUAGE

Mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Tetapi sangat sukar. Mereka kebanyakan bertutur dalam bahasa mereka sahja – Kantonis. Try your best! Kami biasa tunjuk gambar jer kalau mereka tak faham hihi

COMMUNICATION

Most of place di Hongkong memang ada WIFI free! Jadi anda tak perlu risau. Free dan laju! Dalam bus pun ada tau..Cuma mungkin anda akan berada di tempat yang tiada wifi dan anda perlu berhubung.

Traveler Simcard ada dijual di sana. Tetapi saya guna perkhidmatan U-Mobile. Lagi jimat dan mudah. Kadar bayaran untuk unlimited data perday cuma RM10 sahaja.

Sebelum ke Hongkong, saya pergi ke U-Mobile, beli simcard RM8.10 + tukar nano simcard (pakai iphone) RM10 = RM9.10. Pastu saya topup RM40 untuk digunakan selama 4 hari kat sana. Kenapa pilih U-Mobile? Sebab simcard ni boleh pakai ke negara lain pula. Ada banyak senarai negara yang hanya dikenakan kadar bayaran RM10/day. Rugi giler saya tak explore semasa pergi ke Sydney tahun lepas. But luckily now saya dah tahu. Saya nak kongsikan dengan korang juga =)

Cuma problemnya,  U-Mobile ni akan deduct RM10 daripada kredit anda bila anda “ON” kan handphone di sana secara automatik. Kiraan 1 day tu bermula 12pagi-1159mlm. Katakan anda sampai di Hongkong jam 9mlm dan buka handphone, maka RM10 automaticly deduct dr kredit anda. Agak rugilah sebab jam 12pagi dia ada deduct lagi RM10. Maka, think before buka handphone k? Ala, WIFI free ada. Pakai WIFI dulu bila dah landing di Airport dan “check in” kat Facebook hehe

untitled

PLACE MUST VISIT

Most of people pergi ke Hongkong memang aim nak pergi Disneyland. Jadi Disneyland memang harus dan wajib di pergi. Other places?

  • Ocean Park
  • The Peak
  • Ladies Market
  • Night Market
  • Avenue of Star
  • Tsim Sha Tsui Promenade

TRANSPORTATION

Tiada masalah tentang kemudahan pengangkutan di sini. Mereka memang well plan for sistem pengangkutan. Anda boleh pilih bus, ferry atau MTR. Yang membezakan kadar bayaran sahaja.  MTR pula sememangnya canggih sama seperti di Singapura. Cuma anda perlu beli kad “Octopus Card” di mana-mana kaunter di MTR ataupun Airport. Octopus card adalah sama macam Touch & Go card. Kad ni boleh digunakan untuk semua public transport.

hong-kong-mtr-system-map-1024x726

Apabila sudah touch down di arrival hall Hongkong International Airport (Level 5), cari kaunter Airport Express. Atau tanya sahaja ‘Where can I get an Octopus Card?’ pada mana-mana officer. HKD 150 for adult & HKD 70 for child, HKD 50 digunakan sebagai deposit, makanya anda ada balance sebanyak HKD 100 (for adult). Jika anda datang berempat, maka setiap seorang harus ada 1 card. Jika sudah habis, boleh topup dimana-mana information counter di MTR station atau convenience store seperti 7-Eleven. Tiada extra charge dikenakan. Card ini boleh refund. Baki dan deposit akan dipulangkan. Tapi charge HKD 9 dikenakan untuk setiap card.

Kalau kad tercicir/ tertinggal, jangan risau. Anda masih boleh bayar menggunakan wang ringgit. Tetapi anda perlu sediakan wang yang secukupnya. Mereka takkan bagi baki kalau anda terlebih bayar.

HOTEL

Agak subjektif sebenarnya. Kalau anda nak betul-betul di kawasan bandar, anda pilih di kawasan Tsim Sha Tsui. Ada banyak hotel dan banyak Guest House di sini. Yang Guest House ni mereka pakai istilah “Mansion”. Contohnya Chungking Mansion, Mirador Mansion etc. Yang backpackers mungkin sesuai untuk tinggal di sini.  But jangan tak tahu ya, hotel di Hongkong ni memang sangat kecil! Sangat-sangat kecil kalau ambil yang murah.

Kami tinggal di Tsim Sha Tsui. Disebabkan bawa 3 anak kecil, Guest House sangatlah tidak sesuai. Jadi, kami pilih Imperial Hotel. Harga memang mahal kalau dicompare dengan keadaan bilik. RM400/night baq hang! Kalau saya dan husband berjalan di dalam bilik, memang boleh berlanggar badan. Environment sangat ok, ada self-service laundry (HKD 30), just near by to Chungking Mansion dan dekat dengan stesen MTR. Lokasi memang strategik cuma agak mahal.

FOOD

Makanan HALAL memang ada dijual di sini. Cuma agak limited dan kita tak pasti kebersihannya. Antara tempat Halal- Airport (Popeye), Disneyland (Tahitian Terrace), NgongPing 360 (Ebeneezer’s Kebab), Wan Chai (Islamic Canteen), Tsim Sha Tsui (Chungking Mansion) dan Citygate Outlet (FoodRepublic). But Of course mahal! 1 meal charge dalam HKD 70-HKD 80 or maybe more.

My suggestion, bawalah sebanyak mana makanan yang korang nak bawa. Saya bawa Mini Rice Cooker. Beli semasa pergi Sydney tahun lepas. RM100 je pun. Brand ELBA. Untuk trip ke Hongkong ni, memang 1 bag penuh dengan makanan. Beras, Sambal Goreng Ikan Bilis, Telur Masin, Telur Masak, Brahim’s (owh i love it so much!), Maggie Cup, Gardenia, Air Ribena, Air Soya, Kari Ayam, Tuna, KitKat semuanya saya bawa! Husband memang geleng kepala tengok bag penuh dengan makanan. Bila dah di sana, dia sangat hargai apa yang isteri dia bekalkan hehe

15171191_10154040320151787_396742144459928117_n

DRINK

Sepanjang saya study pasal Hongkong ni, tak jumpa pun orang cakap air di sini KOTOR! Kebiasaan memang saya jenis hentam saja masak air guna air pipe di dalam hotel. So kebetulan sampai hotel, Adik nak menyusu pulak. Saya masak air dan bagi dia menyusu. Dalam tempoh 24 jam, 3 kali jugaklah dia berak.

Luckily malam tu my sister’s friend- Wendy bawa kitorang dinner. Sambil dinner , kitorang tanyalah pasal Hongkong ni. Entah macamana dia boleh mention air di Hongkong ni kotor. Dia suruh kami beli air mineral dalam botol untuk minum dan masak. Suddenly saya teringat Adik berak sampai 3 kali. No wonder laaa!!! Pity Adik.

Nak habaq kat hang, air mineral kat sini super duper mahal!!!! Air coke lagi murah tau. Sebotol mineral water tu ada yang jual HKD 29, ada yang jual HKD 20. Tapi paling murah saya pernah jumpa adalah di ChungKing Mansion. Cuma HKD 10 sebotol untuk 600ml. 6 hari di Hongkong, ada 3 kids, nak masak bubur lagi, masak nasi lagi…Of course la saya kena beli banyak. Sepanjang 6 hari kat sana memang beli sampai 10 liter mineral water. Memang almost RM200 untuk beli air mineral sahaja.

img_5678

Nasib baik saya bawa bekal 20 kotak kecil air (soya, ribena, milo) untuk abang dan adik. Saya memang tak bagi anak minum air coke. Ada 1 hari tu, air coke jer yang ada dijual. Anak nak minum sangat. Nak tak nak terpaksa bagi  Coke. Abang dan Adik blur apesal kami bagi minum haha!

That’s all.. Kalau ada lagi, nanti saya update k!

Myzarafini Abdullah

3 Dis 2016

Related posts

Leave a Comment